Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

76) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah projek siap, belum siap dan dalam perancangan bagi projek Rumah Selangorku yang terkini?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhan sebanyak 277 projek (121,695 unit) Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN). Sehingga 15 Oktober 2019, sebanyak 38 projek (14,781 unit) Rumah Selangorku telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 61 projek (22,274 unit) Rumah Selangorku sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 178 projek (84,640 unit) Rumah Selangorku masih dalam perancangan.

     

    Perincian mengikut jenis adalah seperti berikut:-

    STATUS BIL

    PROJEK

    JENIS RUMAH SELANGORKU JUMLAH

    UNIT

    A B C D E
    Siap Bina 38 2,015 2,201 6,684 3,881 14,781
    Dalam Pembinaan 61 881 3,264 8,309 9,820 22,274
    Dalam Perancangan 178 10,194 18,243 30,199 23,424 2,796 84,640
    JUMLAH 277 13,090 23,708 45,192 37,125 2,796 121,695

     

Lampiran

Tiada Lampiran.