Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

61) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU DI KAWASAN DUN TANJONG SEPAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan merancang untuk membangunkan projek rumah mampu milik Rumah Selangorku di kawasan DUN Tanjong Sepat?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri masih tiada perancangan di dalam menyediakan / membangunkan projek Rumah Mampu Milik / Rumah Selangorku di DUN Tanjong Sepat di atas tanah-tanah hak milik kerajaan. Manakala bagi tanah hakmilik swasta/ individu pula, sehingga kini masih belum terdapat pemilik tanah/ pemaju swasta yang mengemukakan sebarang permohonan bagi pembangunan perumahan sebagaimana syarat yang telah ditetapkan.

     

    Namun begitu, terdapat sebanyak 22 projek Rumah Selangorku yang mengandungi 9,745 unit dalam perancangan di Daerah Sepang yang berhampiran DUN Tanjung Sepat. Senarai projek adalah seperti di Lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.