Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

103) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek Rumah Selangorku yang sedang dibina dan dirancang pada tahun ini dan 3 tahun akan datang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan sasaran sebanyak 30,000 unit Rumah Selangorku untuk dibina dalam tempoh masa 5 tahun (2019-2023). Bagi tempoh 3 tahun bermula tahun 2019 hingga tahun 2021 bilangan projek yang disasarkan dalam pembinaan dan perancangan adalah sebanyak 44 projek (15,895 unit).

Lampiran

Tiada Lampiran.