Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

169) PROJEK PEMBANGUNAN SELANGORKU SEJAHTERA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah matlamat utama perancangan projek tersebut dan berapakah peruntukan yang disalurkan?

    Matlamat/fokus utama projek pembangunan ‘Selangorku Sejahtera’ ini adalah untuk membantu PBT menyediakan projek pembangunan yang telah dirancang tetapi tidak berkemampuan untuk melaksanakannya. Oleh itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khusus di bawah peruntukan P01. Ini adalah kali pertama Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan bagi  projek pembangunan seumpama ini. Peruntukan yang disalurkan berjumlah RM 16,943,017.63 bagi 43 projek yang telah diperakui. Antara kemudahan awam dan infrastruktur yang dimaksudkan adalah termasuk:-

    1. Jalan raya (selain daripada skop MARRIS);
    2. Laluan basikal;
    3. Tempat letak kereta;
    4. Kolam tadahan/perparitan;
    5. Lampu isyarat;
    6. Dewan;
    7. Perhentian bas;
    8. Papan tanda nama;
    9. Pasar awam; dan
    10. Taman permainan.

Lampiran

Tiada Lampiran.