PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI KELANG

62) PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI KELANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk membangunkan semula Sungai Kelang?

    Projek Pemuliharaan dan Pembangunan merupakan satu projek awam yang akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta melalui Public/Private Partnership (PPP) atau Private Financing Initiative (PFI) dimana syarikat- syarikat yang dilantik akan membiayai kos pemuliharaan dan pembersihan sungai dan sebagai balasan, mereka perlu mengemukakan cadangan pembangunan harta tanah untuk dimajukan bagi pertimbangan kerajaan Negeri

     

    Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses membuat kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) untuk pemuliharaan dan pembersihan sungai Klang dan telah memfokuskan kepada tiga (3) perkara iaitu pemuliharaan dan pembangunan terhadap penyaluran air mentah, pengawalan banjir kilat dan pembangunan semula sungai. Pelaksanaan bagi projek sungai Klang ini akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.