Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

21) PROJEK PEMBANGUNAN YANG GAGAL SERAH INFRASTRUKTUR KEPADA KERAJAAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek-projek pembangunan oleh pemaju yang gagal serah infrastruktur kepada Kerajaan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, semenjak pelaksanaan Dasar Rumah Selangorku pada tahun 2014, tiada projek pembangunan Rumah Selangorku yang gagal menyerahkan infrastrukturnya kepada pihak Kerajaan. Kesemua 31 projek pembangunan Rumah Selangorku telah berjaya disiapkan bersama- sama kerja-kerja infrastruktur seperti mana disyaratkan sebelaum diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Teknikal Kerajaan (JKR, JPS dll.) dan Agensi Utuliti (TNB, SYABAS dll) untuk tujuan penyelenggaraan.

Lampiran

Tiada Lampiran.