Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

104) PROJEK PEMBENTUNGAN DI HULU KELANG

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berkenaan dengan projek ini, adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan siasatan terhadap tindakan yang dilihat oleh beberapa pihak sebagai sabotaj dan menyusahkan rakyat agar mereka membenci Kerajaan Negeri?

    Projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan ia bukan projek Kerajaan Negeri. Projek pembentungan ini mengalami kelewatan dan amat menjejaskan keselesaan masyarakat setempat. Pemasalahan ini telah MPAJ maklumkan kepada agensi pengawal iaitu Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) untuk tindakan sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.