Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

70) PROJEK PEMBERSIHAN DAN PEMBANGUNAN PINGGIRAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek pembersihan dan pembangunan pinggiran Sungai Klang dan berapakah tempoh perlaksanaannya serta jangkaan siap ?

    Pelaksanaan keseluruhan pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang meliputi tempoh 30 tahun. Sehingga 2012 Kerajaan Negeri telah menyiapkan fasa kajian dan perancangan dengan penyediaan Laporan berikut:-

    • Laporan Analisis & Inventori Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang;
    • Executive Summary – Klang River Rehabilitation and Development

    Project;

    • Laporan Pelan Tindakan Kawasan Mengikut Keutamaan Kawasan Fasa 1 (MPK);
    • Laporan Cadangan Awal Projek – Projek Pembangunan Di Bawah Projek Pemuliharaan & Pembangunan Sungai Klang (PPPSK) Fasa 1 – MPK untuk dijadikan rujukan dan panduan tindakan di peringkat PBT.

    Pada masa ini, beberapa kajian dan laporan-laporan berkaitan Sungai Klang

    iaitu :-

    • Laporan Yesteryears of Sungai Klang – mendokumenkan imej-imej dan gambar masa lalu sekitar Sungai Klang;
    • Laporan Discharge sepanjang Sungai Klang dalam Kawasan MPK (Fasa 1) – untuk mengenalpasti dan membuat pemetaan punca-punca saliran yang mengalir ke dalam Sungai Klang serta mengenalpasti tahap dan sumber pencemaran (akan diikuti dengan kajian bagi kawasan MBSA, MPSJ dan MBPJ);

    Kerajaan Negeri melalui KDEB sedang berusaha mengenal pasti pelaburpelabur yang berminat dalam pembangunan Sungai Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.