Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

33) PROJEK PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berhubung perlaksanaan projek pembersihan dan pemulihan Sungai Klang yang dilaporkan kosnya mencecah RM 10 bilion.

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan bengkel konsultasi
    awam dengan NGO dan wakil-wakil penduduk untuk mendapatkan pendapat dan
    pandangan mengenai Projek Sungai Klang.
    Inventori guna tanah masih di dalam proses. Proses ini dibahagikan kepada tiga
    bahagian, dengan bahagian Klang sudah diselesaikan. Bahagian Shah Alam,
    Subang Jaya dan Petaling Jaya sedang dalam proses pelaksanaan, manakala
    bahagian Ampang Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
    Kerajaan Negeri Selangor juga telah menawarkan dokumen ‘Request for
    Business Proposals’ (RFP) kepada syarikat-syarikat swasta. Sebanyak 37
    syarikat telah membeli dokumen ini, dan 12 daripada syarikat-syarikat tersebut
    telah menghantar cadangan mereka. Cadangan-cadangan ini sedang dalam
    proses penilaian oleh Taksforce Projek Sungai Klang dan pakar-pakar untuk
    pemilihan projek.
    Pada masa yang sama, satu pasukan perancang profesional juga sedang dalam
    proses untuk membuat ‘vision plan’ projek ini. Pada peringkat ini, pelan sedang
    dibuat untuk kawasan Klang.
    Program yang melibatkan orang awam akan diadakan tidak lama lagi. Kerajaan
    Negeri sedang bekerjasama dengan sebuah NGO yang berpengalaman luas
    berkenaan sungai iaitu Global Environment Centre (GEC) untuk menggalakkan
    penglibatan orang awam dan komuniti di dalam kerja-kerja pembersihan sungai.
    Pada peringkat berikutnya, Kerajaan Negeri berharap agar mendapat kerjasama
    sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan setiap Ahli Dewan
    Undangan Negeri (ADUN) yang berkenaan di sepanjang Sungai Klang.
    Berdasarkan jadual kerja yang disediakan oleh Sekretariat Projek, selepas
    penilaian, cadangan akan dipilih sebelum hujung tahun 2009 dan kerja-kerja
    pemuliharaan dan pembangunan dijangka akan bermula pada suku pertama
    2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.