PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

9) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Perancangan Projek Pembersihan Sungai Klang ?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti beberapa projek perniagaan/pembangunan yang akan digunakan untuk membiayai Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang. Hasil yang diperoleh daripada projek-projek ini dalam bentuk premium tanah, perkongsian untung, sumbangan dan sebagainya akan digunakan untuk membiayai Projek Sungai Klang. Beberapa projek pembangunan telah disenaraikan untuk menjadi sebahagian daripada skim ini. Projek-projek tersebut ialah:-

    • Projek Pembangunan Taman Keramat AU2 seluas lebih kurang 4 ekar yang di tender kepada umum pada 1 November 2010 – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 20 juta untuk Projek Sungai Klang.
    • Projek Pembangunan di kawasan Sungai Sering seluas lebih kurang 75 ekar yang telah di tender pada Julai 2010 tetapi akan di tender semula untuk mendapatkan pulangan lebih baik – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 150 juta ke atas untuk kerajaan negeri dan Projek Sungai Klang.
    • Projek Pembangunan di Seksyen 24, Shah Alam; masih di peringkat kerja-kerja awal – Dijangka memberi pulangan tunai dan bukan tunai sebanyak RM 30 juta ke atas untuk Projek Sungai Klang.
    • Projek Khas di I-City, Seksyen 7 Shah Alam; masih di peringkat kerja-kerja awal – Dijangka akan memberi impak besar kepada kebersihan Sungai Rasau yang mengalir ke Sungai Klang

    Projek-projek lain sedang dalam proses dikenal pasti. Kerajaan akan mengamalkan sistem tender terbuka terutamanya untuk projek-projek pembangunan bagi memastikan ketelusan.

    Hasil-hasil yang diperoleh daripada projek-projek di atas akan diagihkan untuk kerjakerja fizikal Projek Sungai Klang. Dijangkakan hasil daripada projek pertama di atas akan diperoleh pada Mac 2011 dan kerja-kerja fizikal akan dilaksanakan pada masa tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.