PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
19) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terbaru sehingga hari ini?
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan bengkel konsultasi awam
dengan NGO dan wakil-wakil penduduk untuk mendapatkan pendapat dan pandangan
mengenai Projek Sungai Klang.
Inventori guna tanah masih di dalam proses. Proses ini dibahagikan kepada tiga
bahagian, dengan bahagian Klang sudah diselesaikan. Bahagian Shah Alam, Subang
Jaya dan Petaling Jaya sedang dalam proses pelaksanaan, manakala bahagian
Ampang Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah menawarkan dokumen ‘Request for Business
Proposals’ (RFP) kepada syarikat-syarikat swasta. Sebanyak 37 syarikat telah membeli
dokumen ini, dan 12 daripada syarikat-syarikat tersebut telah menghantar cadangan
mereka. Cadangan-cadangan ini sedang dalam proses penilaian oleh Taksforce Projek
Sungai Klang dan pakar-pakar untuk pemilihan projek.
Pada masa yang sama, satu pasukan perancang profesional juga sedang dalam proses
untuk membuat ‘vision plan’ projek ini. Pada peringkat ini, pelan sedang dibuat untuk
kawasan Klang.
Program yang melibatkan orang awam akan diadakan tidak lama lagi. Kerajaan Negeri
sedang bekerjasama dengan sebuah NGO yang berpengalaman luas berkenaan sungai
iaitu Global Environment Centre (GEC) untuk menggalakkan penglibatan orang awam
dan komuniti di dalam kerja-kerja pembersihan sungai. Pada peringkat berikutnya,
Kerajaan Negeri berharap agar mendapat kerjasama sekolah-sekolah, institusi
pengajian tinggi (IPT) dan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkenaan
di sepanjang Sungai Klang.
Berdasarkan jadual kerja yang disediakan oleh Sekretariat Projek, selepas penilaian,
cadangan akan dipilih sebelum hujung tahun 2009 dan kerja-kerja pemuliharaan dan
pembangunan dijangka akan bermula pada suku pertama 2010.
