Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

41) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan projek tersebut ?

    Pelaksanaan keseluruhan pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang meliputi tempoh 30 tahun. Sehingga 2012 Kerajaan Negeri telah menyiapkan fasa kajian dan perancangan dengan penyediaan Laporan berikut:-

    1. Laporan Analisis & Inventori Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang;
    2. Executive Summary – Klang River Rehabilitation and Development

    Project;

    • Laporan Pelan Tindakan Kawasan Mengikut Keutamaan Kawasan Fasa 1 (MPK);
    • Laporan Cadangan Awal Projek – Projek Pembangunan Di Bawah Projek Pemuliharaan & Pembangunan Sungai Klang (PPPSK) Fasa 1 – MPK untuk dijadikan rujukan dan panduan tindakan di peringkat PBT.

    Pada masa ini, beberapa kajian dan laporan-laporan berkaitan Sungai Klang iaitu:-

    1. Laporan Yesteryears of Sungai Klang – mendokumenkan imej-imej dan gambar masa lalu sekitar Sungai Klang;
    2. Laporan Discharge sepanjang Sungai Klang dalam Kawasan MPK (Fasa 1) – untuk mengenalpasti dan membuat pemetaan punca-punca saliran yang mengalir ke dalam Sungai Klang serta mengenalpasti tahap dan sumber pencemaran (akan diikuti dengan kajian bagi kawasan MBSA, MPSJ dan MBPJ);

    Kerajaan Negeri melalui KDEB sedang berusaha mengenalpasti pelabur-pelabur yang berminat dalam pembangunan Sungai Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.