Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

97) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar premium yang dicadangkan/ditetapkan terhadap baki rumah dan keluasan yang akan dibangunkan di bawah Projek Pembesaran Kampung Rasa (Desa Rening Jaya) Daerah Hulu Selangor memandangkan penjualan rumah projek tersebut adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tidak ada berkaitan dengan konsep Pembesaran Kampung.

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan pegawai-pegawai di Pejabat

    Y.B. Ahli Dewan Negeri dengan memastikan mereka menikmati gaji melebihi RM1,500.00/bulan. Berdasarkan rekod Pejabat Dewan Negeri setiap Pegawai akan memperoleh pendapatan sebanyak RM 1,780.00/bulan dengan caruman KWSP sebanyak RM220.00 sebulan. Berdasarkan pendapatan tersebut, mereka layak untuk memohon Rumah Selangorku Jenis A dengan  keluasan 700 kaki persegi pada harga RM42,000.00. Kebanyakan pihak Bank akan menetapkan 40% daripada gaji bebas daripada bebanan hutang lain sebelum meluluskan pinjaman kepada pegawai yang berkaitan.

    Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal mendapatkan pinjaman bank, Kerajaan Negeri telah menyediakan DanaSel untuk membantu mendapatkan rumah tersebut. DanaSel merupakan Skim Sewa-Beli yang dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kepada mereka yang gagal mendapat pinjaman bank untuk memiliki Rumah Selangorku Jenis A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.