Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

209) PROJEK PEMBESARAN KG BUKIT CHANDANG

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap projek pembesaran Kg Bukit Chandang di atas Lot 319, Lot 2851 dan sebahagian daripada Lot 2863 & 2878, Mukim Batang Kali yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2002 tetapi belum dibangunkan?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang kali ke 14/2005 pada    15 Jun 2005 telah meluluskan pemberimilikan tanah kepada 100 pemohon untuk projek pembesaran Kampung Bukti Chandang di atas Lot 319, Lot 2851 dan sebahagian Lot 2863 dan Lot 2878 untuk tujuan bangunan kediaman seluas lebih kurang 12.77 ekar.

    Manakala Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang kali ke 16/2010 pada 5 Mei 2010 telah menolak permohonan pemberimilikan tanah bagi projek pembesaran Kampung Bukit Chandang kerana tidak terdapat sebarang kerja-kerja pembangunan dijalankan di atas tanah. Kawasan ini juga tidak mempunyai jalan keluar masuk yang sah.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang sama jua telah menolak semua permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah bagi projek pembesaran kampung, melainkan projek pembesaran kampung tersebut mematuhi syarat- syarat pembangunan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, berkuat kuasa mulai 1 Januari 201.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.