Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

225) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAJAH, RAWANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab projek ini dihentikan dan adakah projek ini akan diteruskan?

    Projek pembesaran Sungai Rajah ini pada dasarnya merupakan sebahagian daripada kaedah penyelesaian mengurangkan masalah banjir di kawasan Bandar Rawang, Kg. Sungai Rajah dan kawasan persekitarannya.

     

    Di antara sebab-sebab projek ini diberhentikan adalah kerana terdapat peningkatan kos projek yang sangat tinggi di mana pada waktu itu, kos asal projek yang berjumlah RM2,667,925.00 meningkat kepada anggaran berjumlah RM3.45 juta. Ia melibatkan kos pengalihan utiliti di mana kebanyakan utiliti ini tidak dapat dikenal pasti dengan tepat semasa peringkat reka bentuk telah menyebabkan perubahan kepada reka bentuk asal. Bagi memenuhi keperluan semasa dan tanggungjawab sosial terhadap penduduk setempat dalam usaha menangani masalah banjir di kawasan tersebut, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan meneruskan projek ini dengan menggunakan reka bentuk yang lebih efektif kosnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.