Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

74) PROJEK PEMBINAAN KAWASAN PERUMAHAN BUKIT TERATAI- TERATAI RESIDENCE

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah unit rumah atau shop akan dibina?

    Kawasan pembangunan ‘Teratai Residence’ telah dimajukan oleh Syarikat Dergahayu Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat di bawah Dergahayu Group. ‘Teratai Residence’ yang berkeluasan 2.06 ekar adalah sebahagian daripada fasa keseluruhan pembangunan Taman Bukit Teratai yang berkeluasan 135.24 ekar yang mengandungi blok kedai Pejabat 3 tingkat sebanyak 96 unit di atas sebahagian lot 41123 dan lot 41218, Mukim Ampang.

Lampiran

Tiada Lampiran.