Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

225) PROJEK PEMBINAAN LRT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah cagaran yang dikenakan terhadap projek pembinaan LRT untuk kegunaan membaiki kerosakan infrastruktur di sekitar tapak projek.

    Projek pembinaan LRT merupakan projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad. Segala keperluan dan kemudahan infrastruktur perlu disediakan sewajarnya dan dibawah tanggungjawab pemaju projek. Pihak Prasarana telah membayar cagaran sebanyak RM5 juta bagi kedua-dua laluan LRT di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Cagaran tersebut adalah bagi kerja-kerja pengorekan jalan di dalam kawasan Majlis sahaja. Jumlah cagaran yang dikenakan adalah bergantung kepada jarak pengorekan.

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan memastikan kerja-kerja yang dilakukan oleh pemaju projek menepati dan mematuhi syarat-syarat pembangunan di kawasan tersebut. Oleh itu, penetapan jumlah cagaran adalah bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dengan berdasarkan permohonan pembangunan yang dikemukakan oleh pihak pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.