Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

218) PROJEK PENAIKTARAFAN PADANG KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerja penaiktarafan Padang Kompleks Sukan Pandamaran yang telah disempurnakan tidak sama dengan pelan asal seperti yang diumumkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang pada awal tahun 2016. Adakah kerjakerja yang dinyatakan dalam pelan asal masih akan dilakukan, terutamanya membina satu tandas baru dan satu bangunan untuk disewa kepada restoran seperti KFC?

    Penyewaan kepada restoran makanan segera seperti KFC perlu dipertimbangkan susulan daripada pihak MPK telah menerima surat bantahan pihak Persatuan Pengguna Klang bertarikh 9 Mac 2016 yang menyatakan penyediaan restoran makanan segera di kawasan aktiviti riadah adalah tidak bertepatan kerana ia boleh dikategorikan sebagai makanan tidak sihat.

    Perkara ini telah dibincangkan di dalam Mesyuarat JK Kesihatan, Kemasyarakatan dan Teknologi Maklumat Bil. 3/2016 dan telah bersetuju untuk menggantikan cadangan restoran makanan segera tersebut dengan kerja menaiktaraf gerai sedia ada supaya nampak lebih menarik. Pembinaan tandas awam akan dilaksanakan bersekali dengan cadangan naiktaraf gerai tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.