Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

319) PROJEK PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN AWAM DESA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pecahan peruntukan yang disediakan untuk penambahbaikan kemudahan awam desa di seluruh Negeri Selangor

    Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02004 – Kemudahan Asas Desa untuk tahun 2015 khas untuk penambahbaikan kemudahan asas desa termasuklah balairaya dan dewan orang ramai di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.