Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

256) PROJEK PENCAWANG MASUK UTAMA (PMU) TNB

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan bantahan rakyat terhadap projek PMU TNB sejak 2008.

    a) dan b)

     

    Secara dasarnya MDHS telah meminda laluan rentis TNB dari Tapah ke Bentong dengan beberapa pindaan yang telah dipersetujui oleh MDHS dan TNB. Pindaan – pindaan tersebut adalah berdasarkan kepda keperluan bagi memelihara produk pelancongan daerah Hulu Selangor serta kawasan sensitif alam sekitar di Hulu Selangor.

     

    Kini pihak TNB sedang dalam proses untuk pengukuran semula laluan yang telah diubah setelah selesai proses ukuran cadangan imi akan di kemukakan semula kepada pihak MDHS untuk mendapatkan kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.