PROJEK PENCERAHAN SELANGOR
22) PROJEK PENCERAHAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah peruntukkan Projek Pencerahan Selangor digunakan setiap tahun sejak permulaan projek ini? Apakah pecahan kos operasi?
Projek Pencerahan Selangor bermula pada tahun 2016. Peruntukan bagi tahun 2016 ialah sebanyak RM1.9 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.38 juta telah dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan penterjemahan dan penerbitan buku tersebut. Kontrak projek ini bermula dari 1 Februari 2016 sehingga 31 Disember 2016. Skop projek ialah menterjemah 13 judul buah buku dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan selanjutnya menerbitkan buku-buku tersebut.
