Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

4) PROJEK PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini projek penggantian paip lama di Selangor?

    23 projek hotspots sedang berjalan semenjak tahun 2016 dan dijangka siap pada suku tahun pertama

    Bagi tahun 2017 sehingga bulan September 2017, 24 projek hotspots baru telah dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya sementara 10 projek hotspots lagi sedang dalam peringkat penganugerahan dan dijangkakan akan ditawarkan kepada kontraktor yang berjaya pada tahun ini juga. Kesemua 34 projek hotspots ini dijangkakan akan siap pada penghujung tahun 2018.

    Baki 27 hotspots lagi akan dilaksanakan pada tahun 2018 tertakluk kepada baki pinjaman sebanyak RM93.70 juta dikeluarkan lebih awal oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 dan bukannya pada tahun 2019 seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.