Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

208) PROJEK PENGHUTANAN SEMULA 10,000 HEKTAR KAWASAN DI BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG DI BAWAH PKPS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Projek ini dipajakkan kepada enam buah syarikat persendirian pada harga yang terlalu rendah seperti RM10/Ha setahun bagi tahun 1 Ð 6. Jika kawasan ini tidak dipajakkan kepada syarikat persendirian berkenaan selama 50 tahun, PKPS berkemungkinan mendapat kesemua pendapatan jualan getah balak dan sentang: Berapa banyakkah pendapatan yang hilang daripada PKPS kesan daripada pajakan 50 tahun kepada syarikat-syarikat persendirian ini?

    Pada asalnya tanah tersebut merupakan kawasan hutan simpan milik Kerajaan Negeri Selangor yang diusahakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor  untuk program penghutanan semula ladang hutan akasia. Setelah projek tersebut ditamatkan, tanah tersebut diberikan secara pajakan  kepada PKPS.

     

    PKPS memperoleh pendapatan melalui  royalti balak dan hasil ladang sebanyak 4 peratus. Manakala syarikat pemajak dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor  yang mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

     

    Jangkaan pulangan kepada PKPS bagi tempoh 2001-2024 adalah sebanyak RM 40,050,613/-. Jumlah ini diperoleh  daripada hasil pajakan tanah, royalti balak dan royalti hasil ladang. Pendapatan ini adalah 3.7% daripada pendapatan syarikat-syarikat pemajak iaitu berjumlah RM 1,068,795,989/-

Lampiran

Tiada Lampiran.