Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

105) PROJEK PENUKARGANTIAN PAIP AIR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos dan senarai tapak serta butiran-butiran lain tentang projek penukar gantian paip air yang telah dan akan dilaksanakan pada tahun 2016 dan 2017.

    Untuk tahun 2016, Air Selangor akan melaksanakan projek penggantian paip air bagi 12 kawasan kritikal yang sering mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah atau bocor. Kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh Air Selangor untuk dilaksanakan program penggantian paip lama pada tahun 2016 adalah seperti berikut :

    Semua 12 projek penggantian paip lama, seperti yang tersenarai di atas, akan bermula mulai Ogos 2016 secara berperingkat dan dijangka akan dapat disiapkan secara berperingkat menjelang Disember 2017.

    Projek penggantian paip lama ini akan memberikan faedah kepada 11.934 akaun yang melibatkan hampir 47,700 pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat.

    Tertakluk kepada kedudukan kewangan Air Selangor pada masa akan datang, sebelas (11) lagi projek penggantian paip lama telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Senarai projek penggantian paip air lama untuk tahun 2017 adalah seperti berikut :

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.