PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG – SELANGOR

52) PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH PAHANG – SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tidakkah projek memberi kesan negatif kepada alam sekitar di kedua-dua negeri

    Dalam melaksanakan projek penyaluran air Pahang ini, semua pihak yang terlibat akan mematuhi sepenuhnya segala syarat yang telah ditetapkan di dalam Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Setakat ini  Detailed Environment Impact Assessment (DEIA) dan Environment Impact Assessment telah disediakan.

     

    Projek ini turut juga dipantau oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk NGO dari Jepun yang sememangnya amat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan alam sekitar.  Wakil-wakil NGO ini turut hadir dalam setiap mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Teknikal Projek Penyaluran Air Pahang.

     

    Sehubungan dengan itu, sebarang bentuk kesan negatif kepada alam sekitar telah pun diselesaikan menerusi cadangan-cadangan pengurangan impak alam sekitar dalam laporan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.