Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

253) PROJEK PERINTIS PUSAT SEHENTI RAWATAN AUTISME

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini projek tersebut?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap golongan autisme yang mana golongan ini perlu diberikan perhatian yang khusus dalam memupuk kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap keistimewaan mereka. Sepertimana yang telah diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor dalam Ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2016 yang lalu, sebanyak RM500,000.00 akan diperuntukkan bagi melaksanakan Pusat Didikan Dan Terapi Smart Selangor atau DIDIK Smart Selangor.

    Pelaksanaan pusat ini adalah bertujuan menjadi pusat sehenti bagi rawatan autisme yang diharapkan dapat mengurangkan beban keluarga terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan Negeri telah menerima beberapa kertas cadangan dan mengadakan lawatan ke premis agensi pelaksana bagi melihat dengan lebih jelas mengenai keberkesanan pengoperasian pusat autisme yang bakal dilaksanakan serta menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam menyediakan prasarana yang boleh menjadi kebanggaan di Negeri Selangor.

    Cadangan-cadangan berkenaan kini dalam penelitian Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan sebelum diangkat ke dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Manakala lokasi pusat sehenti ini akan diumumkan kelak apabila telah diluluskan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.