Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

254) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut?

    Projek ini sedang dijalankan melibatkan kawasan padi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Melalui projek ini, Jabatan Pertanian menggalakkan penanaman menggunakan mesin transplanter, penggunaan produk natural farming dan pengurusan perosak secara bersepadu. Bagi tahun 2015, jumlah peruntukan yang disalurkan berjumlah RM2,750,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.