PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI

52) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah perkembangan terkini projek tersebut ?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek perintis meningkatkan hasil padi melalui Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor di mana melalui program ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,013,302.00 pada tahun 2009, RM4,930,000.00 pada tahun 2010, RM3,050,000.00 pada tahun 2011 dan RM3,240,0000.00 pada tahun 2012 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009-2013). Matlamat projek perintis ini adalah :

    1. Projek perintis akan menjadi kawasan rujukan bagi para pegawai dan petani dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran padi dari 5.1 tan/ha/musim kepada 7.5 tan/ha/musim menjelang tahun 2013.
    2. Mempertingkatkan purata pendapatan pesawah kepada melebihi RM1,500.00 sebulan.

    Melalui program meningkatkan hasil padi bagi musim 2/2009, daripada 2,408 orang pesawah yang terlibat, didapati peratusan bilangan pesawah yang berpendapatan antara RM1,000.00 – RM1,500.00 adalah 55% (1,324 pesawah).

    Manakala bagi musim 1/2010, tambahan seramai 857 orang pesawah telah meningkatkan pendapatan mereka di mana bilangan pesawah yang mendapat pendapatan antara RM1,000.00 – RM1,500.00 adalah seramai 752 pesawah dan yang mendapat pendapatan melebihi RM1,500.00 adalah seramai 105 orang pesawah.

    Bagi musim 1/2011, tambahan seramai 857 orang pesawah telah meningkatkan pendapatan mereka dimana bilangan pesawah yang mendapat pendapatan antara RM1,000.00 – RM1,500.00 adalah seramai 533 pesawah dan yang mendapat pendapatan melebihi RM1,500.00 adalah seramai 146 orang pesawah.

Lampiran

Tiada Lampiran.