Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

104) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan latar belakang dan perkembangan terkini projek tersebut?

    Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor menetapkan matlamat peningkatan
    hasil ke tahap 7.5 tan sehektar menjelang tahun 2012 melalui pembangunan sumber
    manusia, kecekapan pengurusan air dan pemindahan teknologi. Keluasan padi yang
    terlibat berjumlah 18,355 hektar (ha) dan melibatkan 9,332 orang petani. Pendekatan
    pelaksanaan akan dibuat berperingkat mengikut fasa dalam tempoh 5 tahun (2009 –
    2013). Projek perintis meliputi 3 kawasan berdasarkan tali air. Kawasan yang terlibat
    seluas 445 hektar iaitu:
    1) Kuala Selangor Utara di kawasan Sawah Sempadan (159 lot)
    2) Sabak Bernam Tengah di kawasan Bagan Terap (192 lot)
    3) Sabak Bernam Selatan di kawasan Pasir Panjang (102 lot)
    Matlamat ditetapkan ialah:
    1) Projek perintis akan menjadi kawasan rujukan bagi para pegawai dan petani dalam
    usaha mempertingkatkan pengeluaran padi dari 5.1 tan/ha/musim kepada 7.5
    tan/ha/musim menjelang tahun 2012
    2) Mempertingkatkan pendapatan per kapita isi rumah pesawah padi daripada RM
    14,475 kepada RM 20,475 (Ini adalah dengan mengambil andaian bahawa seorang
    petani mengusahakan kawasan seluas 2.4 ha)
    Hasil purata yang dicapai selepas penuaian hasil pada musim 1 tahun 2009:
    • Kuala Selangor Utara telah meningkat dari 5.74m t/ha kepada 6.16 mt/ha. Ini
    menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 6.8%.
    • Sabak Bernam Tengah telah meningkat dari 4.33 mt/ha kepada 5.25 mt/ha. Ini
    menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 19.7%.
    • Kawasan Sabak Bernam Selatan telah meningkat dari 4.64 mt/ha kepada 5.59
    mt/ha. Ini menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 17.03%
    Pada masa kini ketiga-tiga projek perintis tersebut berada dalam musim 2 penanaman,
    dan untuk fasa kedua, 17 projek lagi ditambah ke dalam program ini dimana jumlah
    keseluruhan projek pagi tahun 2009 adalah 20 projek. Fasa- fasa seterusnya adalah
    seperti jadual berikut:

    TAHUN 2009 2010 2011 2012 2013
    MUSIM M1 M2 M1 M2 M1 M2 M1 M2 M1 M2
    KUALA SELANGOR
    UTARA
    1 3 3 3 4 4 4 4 2 –
    SABAK BERNAM
    SELATAN
    1 7 3 6 6 6 6 6 5 2
    SABAK BERNAM
    SELATAN
    1 7 4 6 5 5 5 5 5 2
    JUMLAH 3 17 10 15 15 15 15 15 12 4
    Liputan Kawasan dari
    keluasan 18,355 ha
    16.5% 37.2% 61.9% 86.8% 100%

Lampiran

Tiada Lampiran.