Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

215) PROJEK PERKUBURAN CINA FAIRY PARK SDN BHD DI SEKSYEN U4, SHAH ALAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri setelah mengenal pasti bahawa projek perkuburan Cina oleh Fairy Park Sdn Bhd di Seksyen U4, Shah Alam adalah haram?

    Majlis telah mengenal pasti 10 lot tapak perkuburan (Lot 3863, 3864, 3865, 3866, 3876, 3877, 3881, 3882, 3883 dan 3884) seluas 92.0 ekar yang telah dimajukan secara komersial oleh Tetuan Fairy Park Sdn. Bhd. sebagai tapak perkuburan bukan islam.  Majlis juga mendapati tapak perkuburan ini telah wujud sebelum perluasan kawasan pentadbiran MBSA pada 2hb. Januari, 1997.

    MMKN yang bersidang pada 15hb. Disember, 2010 telah meluluskan permohonan tukar syarat nyata tanah daripada pertanian kepada perkuburan bukan Islam dan bersetuju pemilik tanah dikenakan denda di atas kelewatan menjelaskan bayaran premium

    Majlis mendapati 100% kerja-kerja tanah telah pun dilaksanakan dan hampir 80% tanah berkenaan telah digunakan untuk pengebumian mayat.

    Majlis telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis Borang F (Notis Memanggil Permohonan Untuk Kebenaran Merancang Dalam Hal Pemajuan Tanpa Kebenaran) pada 19hb.Januari 2011.

    Majlis akan membentangkan isu-isu tapak perkuburan di Seksyen U14 Shah Alam di dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat dijangka pada awal Julai 2011, sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan perundangan di bawah Akta dan undang-undang berkaitan seperti berikut:

    • Seksyen 26, Akta Perancang Bandar dan Desa1976 (Akta 172) Terus dibawa ke makhamah tanpa notis dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua – duanya.

    Atau

    • Seksyen 27, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

    Menyampaikan notis kepada pemilik tanah untuk   menghentikan aktiviti serta – merta dan tanah hendaklah dipulihkan semula setakat yang mungkin. Kegagalan mematuhi notis dalam tempoh yang dibenarkan apabila disabitkan kesalahan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua – duanya dan RM5000 setiap hari kesalahan itu dilakukan. Atau

    • Seksyen 70A (9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

    Mengambil tindakan perundangan ke atas pemilik tanah di atas kesalahan memulakan menjalankan atau membenarkan supaya dimulakan atau dijalankan sesuatu kerja tanah tanpa mendapat kelulusan . Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melibihi lima (5) tahun atau didenda tidak melebihi RM50,000 atau kedua – duanya dan RM500 setiap hari kesalahan itu dilakukan. Atau

    1. Seksyen 70 (12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

    Mengambil tindakan perundangan ke atas pemilik tanah di atas kesalahan mendirikan bangunan tanpa mendapat kelulusan Majlis. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 dan juga boleh didenda tambahan tidak melebihi RM100 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas suatu notis untuk memberhentikan bangunan itu daripada digunakan bagi maksud lain itu telah disampaikan.

    Atau

    • Tindakan di bawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965)

    Mengambil tindakan di bawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara 1965 untuk mengembalikan tanah kepada keadaan asal dan sekiranya gagal, di ambil tindakan di bawah Seksyen 130, KTN 1965 (Perampasan Tanah).

Lampiran

Tiada Lampiran.