Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

126) PROJEK PERTANIAN DI BAWAH PKPS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah projek pembangunan pertanian yang dijalankan oleh PKPS buat masa kini?

    PKPS telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan pertanian secara
    komersial di dalam dan di luar Negeri Selangor. Pelaksanaan projek melalui anak
    syarikat ataupun secara langsung oleh PKPS. Projek-projek tersebut adalah seperti
    berikut :
    i. Perladangan Kelapa Sawit
    Ladang-ladang kelapa sawit PKPS ialah :-
     Ladang Sungai Panjang, Sabak Bernam – 764 ha
     Ladang Jelutong Jati, Sabak Bernam – 380 ha
     Ladang Kerling, Ulu Selangor – 364 ha
     Ladang Tanjung 12, Kuala Langat – 81 ha
     Ladang Editas, Gua Musang – 657 ha
     Ladang Irat, Lahat Datu – 853 ha
     Ladang Jogaharmoni, Lahad Datu – 498 ha
    Jumlah 3,597 ha
    Jualan buah kelapa sawit daripada ladang-ladang tersebut menyumbang
    sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan PKPS. Maka itu, projek
    perladangan kelapa sawit merupakan perniagaan teras PKPS yang akan
    diperkembangkan lagi di masa hadapan.
    ii. Projek Ladang Buah-Buahan
    PKPS sedang mengusahakan ladang buah-buahan tropika di Selangor Fruits
    Valley, Rawang, Daerah Ulu Selangor seluas 690 hektar bagi memenuhi
    permintaan pasaran tempatan dan luar negara. Jenis tanaman utama ialah
    tembikai dan belimbing. Projek tersebut diadakan sebagai langkah untuk
    mempelbagaikan sumber pendapatan PKPS.

    iii. Projek Tanaman Kontan
    Projek tanaman kontan adalah bertujuan untuk membantu pengusahapengusaha IKS tempatan dalam mendapatkan bekalan bahan mentah yang
    diperlukan mereka. Projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut :-
     Ubi kayu
    Sungai Blankan, Daerah Sepang – 110 ekar (45 ha)
    Mukim Ulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor – 50 ekar (20 ha)
     Nanas
    Mukim Ulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor – 50 ekar (20 ha)
     Tebu
    Mukim Api-api, Daerah Kuala Selangor – 32 ekar (13 ha)
    iv. Projek Pembenihan Ikan Air Tawar
    Projek pembenihan ikan air tawar, khususnya ikan keli, telah dimulakan
    dalam tahun 2002. Pelaksanaan projek dikendalikan oleh anak syarikat PKPS
    iaitu PKPS Bukit Tinggi fishfarm Sdn. Bhd. dengan melibatkan kawasan
    seluas 35 ekar di Rawang, Daerah Ulu Selangor. Selain daripada ikan keli,
    projek tersebut juga mengeluarkan benih ikan tilapia, baung, puyu dan patin.
    Jumlah pengeluaran benih ikan ialah 96 juta ekor setahun iaitu pada kadar 8
    juta ekor sebulan.
    v. Projek Penternakan Ikan Talapia Merah
    PKPS Farm Mart Sdn. Bhd merupakan anak syarikat yang menguruskan
    projek penternakan ikan tilapia merah yang terletak di Rawang, Daerah Ulu
    Selangor. Projek tersebut telah dimulakan dalam tahun 2000 dengan
    keluasan sebanyak 143 ekar. Setiap tahun, projek mengeluarkan sebanyak
    600 tan metrik ikan tilapia merah untuk pasaran tempatan dan Singapura.
    Projek menggunakan tangki simen ini merupakan perusahaan yang terbesar
    dalam negara.
    vi. Projek Pengilangan Produk Berasaskan Herba dan Madu
    PKPS juga menjalankan aktiviti pengilangan produk berasaskan herba dan
    madu. Produk-produk dikilangkan dalam bentuk kapsul. Tablet, cecair dan
    sachet. Operasi pengilangan dijalankan di Seksyen 23, Shah Alam di sebuah
    kilang bertaraf Good Manufacturing practise (GMP) dengan pengiktirafan oleh
    Kementerian Kesihatan Malaysia.

    vii. Projek Pasar Borong Selangor
    Projek yang dijalankan di Seri Kembangan, Puchong ini telah bermula pada
    tahun 2001. Pasar Borong Selangor menyediakan lot-lot perniagaan ikan,
    daging, ayam, sayur, bahan kering dan lain-lain kepada orang ramai. Ketika
    ini, seramai 310 orang peniaga menjalankan perniagaan mereka di pasar
    tersebut. Ini telah memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.
    viii. Projek Penanaman Getah Balak
    PKPS menjalankan projek perladangan getah balak di Hutan Simpan Rantau
    Panjang seluas 300 hektar di bawah Program Penghutanan Semula PKPS.
    Sehingga kini, PKPS telah mewujudkan tapak semaian anak pokok getah
    balak dan akan mula menanam anak-anak pokok ini di ladang pada bulan
    September 2010.
    ix. Projek Ternakan Lembu Integrasi
    Projek ternakan lembu pedaging secara integrasi di Ladang Sungai Panjang,
    Daerah Sabak Bernam telah dimulakan dalam tahun 2002 dengan 100 ekor
    lembu. Pada masa kini, jumlah lembu-lembu yang diternak telah meningkat
    kepada 443 ekor. PKPS telah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan
    Veterinar Negeri Selangor dalam melaksanakan projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.