Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

114) PROJEK PERTANIAN RASA PNSB

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan Projek Pertanian Rasa PNSB bagi tujuan ternakan ikan air tawar, ternakan ayam, pembiakan kuda dan ladang buah-buahan secara terperinci.

    Projek pertanian yang dijalankan adalah merupakan konsep pertanian bersepadu di mana ia melibatkan tanah milik Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) yang diuruskan oleh PNSB seluas 362.526 Hektar @ 895.713 ekar melalui 22 hakmilik yang terletak di sepanjang Sungai Selangor sekitar Mukim Sungai Tinggi, Batang Kali dan Hulu Yam Daerah Hulu Selangor.

    Walaubagaimanapun Surat Kuasa Wakil dan Perjanjian Pengurusan yang telah dimeterai pada 24 Jun 1992 antara pihak Setiausaha Kerajaan Selangor (Perbadanan) (PSKS) dan PNSB telah rasminya dibatalkan pada 2 Jun 2014 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melibatkan keseluruhan tanah-tanah di bawah Projek Pertanian Bersepadu Rasa.

    Pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan pengurus baru ke atas tanah-tanah ini dan telah mengarahkan PNSB untuk membantu menguruskan sementara waktu tanah-tanah ini sehingga arahan selanjutnya diperolehi.  Di antara projek-projek yang telah diusahakan adalah seperti senarai berikut:-

    NO. AKTIVITI PERTANIAN / TERNAKAN PESERTA LUAS
    1 Ternakan Ikan Air Tawar 3 peserta 227.644 ekar
    2 Pengeluaran Telur & Ternakan Ayam 1 peserta 58.107 ekar
    3 Ladang Buah-Buahan

    (Nangka)

    1 peserta 6.62 ekar
    4 Lembu & Kambing 3 peserta 124.51 ekar
    5 Tanaman Kelapa Sawit 3 peserta 8.14 ekar
    6 Tanaman Getah 1 peserta 50.00 ekar
    7 Sayur-Sayuran 5 peserta 114.276 ekar
    8 Kilang Memproses Batu Bata dan Kayu 1 peserta 15.00 ekar
    9 Aktiviti Perlombongan Kumpulan Semesta     Sdn. Bhd. 65.412 ekar
    JUMLAH 19 peserta 669.709 Ekar

     Nota* Baki kawasan tanah seluas 226.004 ekar terdiri daripada kawasan-kawasan yang berisiko ditenggelami air, tebing sungai, juga kawasan yang dipenuhi air termasuk kolam dan berpaya yang sukar untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian

Lampiran

Tiada Lampiran.