Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

112) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional untuk mengenakan kadar harga rumah yang tinggi kepada pemilik sedangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dikatakan mempunyai aset yang begitu besar turut mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri?

    Harga rumah di Bukit Botak sebanyak RM99,000 seunit adalah harga yang munasabah berbanding dengan nilai pada harga pasaran semasa yang dianggarkan dalam lingkungan RM250,000 ke atas.

    Pada keseluruhannya PKNS menanggung subsidi sebanyak RM79.2 juta untuk pembangunan Bukit Botak. Sekiranya PKNS menurunkan harga di bawah RM99,000 seunit, subsidi yang akan ditanggung oleh PKNS terlalu tinggi dan kurang wajar PKNS hanya menumpukan satu projek sahaja untuk disubsidikan kerana PKNS dipertanggungjawabkan menyalurkan bantuan kepada seluruh negeri Selangor.

    Walaupun harga yang ditawarkan RM99,000 seunit, peserta mendapat nilai produk yang lebih tinggi yang dianggarkan berharga RM250,000 seunit. Jika harga rumah ditawarkan RM52,000 seunit, subsidi yang perlu ditanggung oleh PKNS ialah RM140 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.