Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

101) PROJEK PERUMAHAN Ð SIJIL LAYAK MENDUDUKI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak projek perumahan yang kerja pembinaannya telah siap tetapi gagal memperoleh Sijil layak Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam proses mempercepatkan pengeluaran Sijil Layak Menduduki?

    Kegagalan memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan
    berpunca daripada beberapa faktor:-
    i) Perunding tidak membuat permohonan kepada PBT di atas alasan pemaju tidak/
    belum mematuhi syarat-syarat PBT/ Jabat-jabatan Teknikal Luaran seperti TNB.
    SYABAS, dan IWK. (contoh: lampu belum dipasang, sambungan bekalan air
    belum dibuat dll).
    ii) Perunding (arkitek) sebagai ’submitting person’ telah mengeluarkan ’Release
    Letter’ tidak bertanggungjawab ke atas pembangunan. Pemaju belum melantik
    perunding arkitek baru.
    iii) Pemaju tidak dapat dihubungi untuk urusan permohonan CF.
    iv) Pembeli rumah telah menduduki rumah tanpa CF dan telah membuat tambahan
    tanpa persetujuan perunding dan pemaju serta tanpa kelulusan PBT. Perunding
    dan pemaju tidak mahu bertanggungjawab di atas tambahan tersebut oleh itu
    perunding dan pemaju tidak mahu membuat permohonan CF ke PBT.
    Di antara langkah-langkah yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri ialah :
    i) Mengaturkan mesyuarat untuk mendapatkan maklum balas daripada
    perunding/pemaju/Jabatan-jabatan Teknikal
    ii) Menghantar surat-surat peringatan kepada perunding dan pemaju untuk
    menyegerakan tindakan permohonan untuk lawatan tapak.
    iii) Pihak Kementerian telah menguatkuasakan penggunaan CCC pada April 2007,
    jadi mana-mana pelan bangunan yang telah diluluskan selepas April 2007
    adalah menggunakan kaedah CCC di mana pihak perunding yang dilantik oleh
    pemaju bertanggungjawab mengeluarkan CCC tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.