Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

7) PROJEK PERUMAHAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah projek perumahan rumah Selangorku yang telah, sedang dan akan dibina di Negeri Selangor mengikut pecahan DUN?

    Untuk makluman Yang Berhormat, perincian data Rumah Selangorku direkodkan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tidak diperincikan mengikut DUN. Sehingga 30 Jun 2019, sebanyak 255 projek telah diberikan kelulusan untuk dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, berikut merupakan perincian pembangunan Rumah Selangorku mengikut status di tapak:

    Bil PBT Status Projek Rumah Selangorku
    Siap Bina Sedang Bina Dalam Perancangan Jumlah
    1 MBPJ 1 2 3
    2 MBSA 4 7 19 30
    3 MDHS 2 2 5 9
    4 MDKL 6 10 16
    5 MDKS 3 9 13 25

     

    Bil PBT Status Projek Rumah Selangorku
    Siap Bina Sedang Bina Dalam Perancangan Jumlah
    6 MDSB 1 2 3
    7 MPAJ 1 7 8
    8 MPK 5 5 13 23
    9 MPKj 10 9 36 55
    10 MPS 1 6 20 27
    11 MPSJ 1 3 15 19
    12 MPSp 1 12 21 37
    JUMLAH 31 61 163 255

Lampiran

Tiada Lampiran.