Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

173) PROJEK PERUMAHAN LADANG AIR MANIS SABAK BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan dari YAB, Projek Perumahan Ladang Air Manis Sabak Bernam, i. Akan diteruskan atau dibatalkan. ii. Jika diteruskan, nyatakan pembahagian jenis rumah yang ditawarkan dengan jumlah unit dan harga

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Ladang  Air  Manis Sabak Bernam akan diteruskan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berdasarkan kepada kelulusan permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi projek tersebut pada 26 September 2014 yang dijangkakan akan memulakan pembinaan selewat- lewatnya pada penghujung tahun 2015.

    Butiran komponen pembangunan perumahan yang dicadangkan adalah seperti jadual berikut :

    Bil. Komponen Pembangunan Keluasan (kp) Unit Cadangan Harga Jualan (RM)
    1 Rumah Teres 2 Tingkat 1,600 – 1,728 32 496,000.00 hingga

    890,000.00

    2 Rumah Bandar 962 – 1,135 48 347,190.00 hingga

    495,000.00

    3 Rumah Bandar 1,249 – 1,698 56 696,000.00 hingga

    784,000.00

    4 Pangsapuri Rumah Selangorku

    5 – 13 Tingkat

    750 – 1,000 260 100,000.00 hingga

    220,000.00

    JUMLAH 396  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.