Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

141) PROJEK PERUMAHAN MK ASSOCIATE SDN BHD

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang sedang di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk mendapatkan hakmilik strata bagi kesemua 400 unit rumah pangsa?

    Untuk makluman YB Paya Jaras, siasatan lanjut telah menunjukkan bahawa terdapat dua (2) fasa yang berkaitan dengan projek perumahan ini, iaitu Pangsapuri Kos Rendah Fasa 2 (320 unit) dan Fasa 4 (100 unit). Kedua-dua fasa pangsapuri kos rendah ini terletak di kawasan Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh dan masih belum mengemukakan permohonan bagi pengeluaran hakmilik strata sehingga kini.

    Untuk makluman YB juga, pemilik tanah iaitu syarikat M.K. Associates Sdn. Bhd. (anak syarikat kepada Sateras Resources (Malaysia) Berhad) telahpun digulung pada 5 Disember 2005 melalui Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No.Pelantikan D4-21-32-2004 bertarikh 16 Ogos 2010. Oleh yang demikian, penyelesai (liquidator) yang telah dilantik adalah Tetuan Aljeffri Dean Chartered Accountants (beroperasi di Georgetown, Pulau Pinang) pada tarikh 16 Ogos 2010. Walaubagaimanapun, siasatan lanjut telah mendapati bahawa projek perumahan ini telah diambil alih oleh syarikat Ultimate Essence Sdn Bhd pada tahun 2012.

Lampiran

Tiada Lampiran.