Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

200) PROJEK PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA (PPA1M)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan lokasi projek PPA1M yang telah diluluskan dan sedang dibina di Selangor

    Untuk makluman Yang Berhormat, hanya terdapat satu projek PPA1M sahaja yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri iaitu pada 1 Mac 2017. Projek tersebut akan dibangunkan oleh Tetuan Ageless Land Sdn. Bhd. dan Ageless Hill Sdn. Bhd. yang terdiri daripada 1,064 unit rumah PPA1M dan 266 unit Rumah Selangorku di kawasan Semenyih Daerah Hulu Langat. Status terkini projek tersebut dalam peringkat mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada Majlis Perbandaran Kajang.

Lampiran

Tiada Lampiran.