Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

70) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu telah terbengkalai sekian lamanya dan member kesan sosioekonomi kepada pembeli-pembeli rumah di projek berkenaan. Apakah Kerajaan Negeri akan berusaha menyiapkan projek berkenaan pada tahun 2011 ini?

    Ya, Kerajaan Negeri melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad  (PNSB)  telah berusaha untuk menyiapkan projek berkenaan pada tahun 2011.

     

    PNSB telah pun mengemukakan cadangan permohonan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi meminda 272 Unit Rumah Teres Kos Rendah (RTKR) di dalam Fasa 2 kepada Rumah Teres Kos Sederhana Rendah (RTKSR). Penukaran komposisi keseluruhan pembangunan daripada 100% unit Rumah Kos Rendah kepada pembangunan 50 : 50, bertujuan untuk menampung kos pembangunan secara keseluruhan. Ini adalah disebabkan projek tersebut bergantung kepada ’end financing’ sepenuhnya yang mana mempunyai pulangan yang lambat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.