Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

84) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi menyiapkan projek berkenaan dan apakah projek berkenaan dapat disiapkan pada tahun 2012 ini?

    Ya, Kerajaan Negeri melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) telah berusaha untuk menyiapkan projek berkenaan pada tahun 2012 ini.

    1. Telah mengemukakan cadangan permohonan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi meminda 272 Unit Rumah Teres Kos Rendah (RTKR) di dalam Fasa 2 kepada Rumah Teres Kos Sederhana Rendah (RTKSR). Penukaran komposisi keseluruhan pembangunan daripada 100% unit Rumah Kos Rendah kepada pembangunan 50 : 50, bertujuan untuk menampung kos pembangunan secara keseluruhan. Ini adalah disebabkan projek tersebut bergantung kepada ’end financing’ sepenuhnya yang mana mempunyai pulangan yang lambat.
    2. MDKS telah menolak cadangan permohonan ini dan PNSB diminta untuk mendapatkan kelulusan dasar terlebih dahulu daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor / Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS).
    3. PNSB bersama pihak pemaju sedang di dalam peringkat akhir penyediaan pelan serta dokumen untuk dikemukakan kepada LPHS/PTG Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.