Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

210) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek perumahan era Barisan Nasional yang masih terbengkalai di Selangor dan apakah status semasa setiap projek tersebut? Bagaimanakah cara penyelesaiannya?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 105 jumlah projek perumahan yang dibangunkan pada era pemerintahan Barisan Nasional yang masih terbengkalai di Selangor. Berikut adalah status projek yang masih terbengkalai mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) :

     

    1. MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Pangsapuri Kos Rendah, Jalan Pluto U5/158, Seksyen U5, Shah Alam Tetuan Unique Creation Sdn. Bhd. i)    2 blok sedang dipulihkan (80% dan 30% siap)

    ii)  1 blok belum dibangunkan 3 blok belum dibangunkan dan dibenarkan pindaan kepada Rumah Mampu Milik

    iii) Projek sedang berjalan

    2 Projek Pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Subang Bestari, Seksyen U4, H.S.(D) No. 110897, P.T. No. 35078, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd. i)    Pemaju telah menjual tanah kepada HELP College bagi menggunakan dana untuk pemulihan projek.

    ii)  KPKT telah bersetuju dengan cadangan pemaju bagi memindahkan setinggan ke Lembah Subang 2.

    iii) Projek masih terbengkalai.

    3 Projek Pangsapuri Rimau Indah, Fasa 3, di bawah Geran No. 36409, Lot No. 3783, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Rimau Indah
    Sdn. Bhd.  (Digulung)
    i)    Fasa 4 telah disenaraikan dalam Tabung TEPAT dan dalam kajian oleh Worldwide Holdings Berhad
    4 Projek Pangsa Kos Rendah Sri Bunga Raya, Jalan Gram U19/16, Seksyen U19, Shah Alam Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.  (Digulung) i)    Pelikuidasi telah mengambil tindakan Mahkamah disebabkan pindahmilik dibuat semasa pemaju digulung.

    ii)  Projek masih terbengkalai.

    5 Projek Perumahan U10 Height, Seksyen U10, P.T. 3696, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling Tetuan Restige Group Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    6 Projek Perumahan Taman Muhamad 2, Kampung Lombong, Jalan Kebun, Mukim Klang, Daerah Klang, Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    7 Projek Perumahan Taman Desa Sri Baiduri, Mukim Klang H.S (M) 37153 PT No. 97024, Kg. Lombong, Jalan Kebun, Mukim Klang Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    8 Projek Perumahan Taman Qismul (Jenis Maya 02), Diatas PM 4332, Lot No 4102, Jalan Kebun, Mukim Klang, Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd i)    Projek telah diambil alih oleh pemaju baru Kompobina Holdings Sdn. Bhd.
    9 Projek Perumahan Taman Andaman 5, Jalan Tanjung Sepang 30/112, Seksyen 30, Shah Alam Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd i)    Projek telah diambil alih oleh pemaju baru Essential Construction & Trading Sdn. Bhd.
    10 Projek Perumahan Taman Andaman Timor 3, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Daerah Klang, Shah Alam Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd. i)    Projek telah diambil alih oleh pemaju baru Flora Holiday Sdn. Bhd.

     

    1. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Pangsa Kos Rendah di atas Lot PT 7188 HD(M) 7376 dan 7097 HS(M) 7285 serta juga Blok RKR di Plot F, Mukim Petaling, Daerah Petaling Tetuan Peter Brickworks Sdn. Bhd. i)    MBPJ bersetuju dengan cadangan pemaju bagi menyelesaikan masalah setinggan

    ii)  Pemaju akan membina RKR di tapak Blok F.

    iii) Pelan Bangunan dalam kelulusan MBPJ

    iv) MBPJ telah mengeluarkan surat makluman kepada penduduk berhubung cadangan pemulihan ini

    2 Projek Pangsapuri Perkhidmatan Kos Tinggi Di Atas Lot Pt 1428, Seksyen PJU 1, Petaling Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling Tetuan Dataran Mantin Sdn. Bhd.
    (Receivership)
    i)    Pelikuidasi telah melantik Tetuan 128 Damansara Sdn. Bhd.  sebagai pemaju penyelamat.

     

    • MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1. Projek Pembinaan 9 Tingkat Pangsapuri Kos Mewah 149 Unit 1Tingkat, Tempat Letak Kereta (Serdang Plaza), Di atas Hakmilik H.S.(D) 59980, PT 3114, Mukim Petaling, Daerah Petaling. Tetuan Serdang Plaza Baru Sdn. Bhd i)    Deposit pembeli telah dikembalikan semula

    ii)  Projek masih terbengkalai

    iii) Dalam proses perancangan pemulihan semula

    1. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Taman Kencana Fasa 3, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat Tetuan Syarikat Jaya Kencana Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Garden Meridien Sdn. Bhd. telah membeli tanah daripada Sinesinga Sdn. Bhd.
    2 Rumah Pangsa Kos Sederhana, Estana Court Condominium Di Atas Lot Pt4992, Kg. Pasir Tambahan Hulu Klang, Daerah Gombak, Selangor. Tetuan Promista Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek telah diambil alih oleh Kismajaya Sdn. Bhd. dengan usahasama Caely (M) Sdn. Bhd.

    ii)  Pemaju masih mencari penyelesaian dengan pembeli terlibat.

    3 Projek Pembinaan 1,609 Unit Pangsapuri Ukay Bestari, Mukim Ampang, Daerah Gombak Damai Bistari Sdn. Bhd.

    (Receivership)

    i)    Melibatkan 2 fasa : Fasa 1 telah berjalan semua manakala Fasa 2 sedang dalam pemulihan.

    ii)  Projek masih berjalan

    4 Projek Rumah Pangsa Kos Sederhana Ukay Indah Kondominium di Sg. Sering, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak Scenic Marina Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    1. MAJLIS PERBANDARAN KLANG

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek PerumahanTaman Sri Aman, Kampung Idaman, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Integrated Land Recources Sdn. Bhd.                                                                       Tetuan Teng Kong Enterprise Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    2 Projek Pangsapuri 6 Tingkat di atas Lot 2377 (Geran 4963), Jalan Dato’ Amar, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Marl One Development Sdn. Bhd i)    Projek Masih Terbengkalai
    3 Projek Perumahan Taman Tradisi Indah di atas Lot PT 84927-Lot PT 84978, Lot Asal 4965, Pulau Indah Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Fifth Marine Development Sdn. Bhd. i)    Projek sedang dipulihkan di bawah Dana KPKT
    4 Projek Perumahan Pangsapuri Kos Sederhana, Kos Rendah dan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah di atas Lot PT 68738 PM 7794 & Sebahagian Lot PT 68739 PM 7793 Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Perkasa Indera Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    5 Projek Perumahan Taman Bukit Kapar di atas Lot 13567, 13568, 13569,13570, 13571 hingga 13579, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Decor Mewah Sdn. Bhd. i)    Rumah telah siap sepenuhnya dan telah diduduki tanpa Sijil Layak Menduduki (CF)
    6 Projek Perumahan Taman Hijrah 2 Fasa 2  di atas Lot 44782, Jalan Tarmizi, Rantau Panjang, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Lembah Jejak Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    7 Projek Pembinaan Apartment Taman Mutiara  di atas Lot PT 5124 dan 5125, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    8 Projek Perumahan Pangsapuri Yamin Height di atas Lot 5128, Pulau Indah, Daerah Klang Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    9 Projek Perumahan Indah Height di atas Lot 5740 dan 5741, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    10 Projek Perumahan Desa Bukit Delima, di bawah Hakmilik G.M. No. 2142, Lot No. 5450, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    11 Projek Perumahan di Jalan Dusun Meru, di bawah Hakmilik No. EMR 4548, No. Lot 2754, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Ikhtiar Corporation Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    12 Projek Perumahan Taman Desa Sri Nilam, di atas Lot 5255, Pulau Indah, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    13 Projek Perumahan di Taman Desa Sri Siantan, H.S.(M) 30600, GM 4519, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    14 Projek Perumahan Desa Sri Damai 3, Di atas Hakmilik No GM 2484, No Lot 3057, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    15 Projek Perumahan di atas No. Lot EMR 8665, Lot 3834, EMR 7309, Lot 560, Telok Gadong, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Lurah Pantas Sdn. Bhd.
    Tetuan Menang Murni Sdn. Bhd.
    i)    Projek Masih Terbengkalai
    16 Projek Perumahan Andaman 2, di atas Lot PT 17561, Kampung Nelayan, Telok Gong, Daerah Klang Tetuan Andaman Timor Sdn. Bhd. i)    Rumah disiapkan oleh Persatuan Pembeli dengan kerjasama peguan pemaju.

    ii)  Telah diduduki tanpa CF.

    17 Taman Cahaya, Batu 5 1/2, Jalan Meru di atas EMR No 3469, Lot 2129, Mukim Kapar, Daerah Klang Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    18 Projek Perumahan Taman Sri Kencana, GM 3850 Lot 2757, Mukim Kapar, Daerah Klang Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)
    Binalif Bina Sdn. Bhd.

    (nama baru)

    i)    Projek telah diambilalih oleh pemaju baru iaitu Faktor Aktif Sdn. Bhd.
    19 Projek Perumahan Taman Meru 1, di atas GM 64, Lot 3756, Jalan Kopi, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)
    Binalif Bina Sdn. Bhd.

    (nama baru)

    i)    Projek Masih Terbengkalai
    20 Projek Perumahan Taman Meru Ria 2, di atas GM 3928 Lot 3750, Jalan Belimbing, Meru, Mukim Kapar, Daerah Klang Hyrax Property & Dev. Sdn. Bhd. (nama lama)
    Binalif Bina Sdn. Bhd.

    (nama baru)

    i)    Projek telah diambilalih oleh pemaju baru iaitu Ajma Resources Sdn. Bhd.
    21 Projek Taman Desa Kencana, Mukim Kapar, Daerah Klang Suasana Ehsan Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    22 Projek Perumahan Taman Desa Pelangi Di Atas Lot 2664 GM 4769, Mukim Kapar, Daerah Klang Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung i)    Projek Masih Terbengkalai
    23 Projek Perumahan Desa Maru, Lot 23678 Mukim Kapar, Daerah Klang Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    24 Projek Perumahan Taman Setia Indah, Di atas Hakmilik No. HS(M) 43220, No. PT 119181, Sungai Pinang, Pulau Indah, Mukim Klang SPS Setia Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    25 Projek Pangsapuri Anggerik di atas Lot PT85359 (lot Asal 1730) Jalan Sungai Udang KS 3, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan FSK Development Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    26. Projek Perumahan 1 Blok Pangsapuri di atas Geran No 40140 Lot 10349, Mukim Klang, Daerah Klang Tetuan Chong Hin Development Sdn Bhd i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    1. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Perumahan Taman Serosa Kajang di atas Lot 4454 & 1297, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat. Tetuan Serosa Resources Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    2 Projek Perumahan Bandar Puncak Damai Semenyih (Bandar Putri Jaya), Mukim Ulu Semenyih, Daerah Hulu Langat Tetuan Duta Nilai Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    3 Projek Perumahan Taman Lingkaran Nur, Batu 12, Jalan Cheras, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat Tetuan Saktimuna Sdn. Bhd. (Digulung)
    Tetuan Lingkaran Nur
    Sdn. Bhd. (Digulung)
    i)    Pembeli telah menandatangani penyelesaian dengan pemaju penyelamat
    4 Projek Perumahan di Taman Padang Tembak di atas sebahagian Lot 613 Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Happy Home Development Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    5 Projek Perumahan di Taman Semenyih Jaya di atas Lot 1621, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Ample Development Sdn. Bhd. i)    Pemaju tidak dapat dikesan dan difahamkan kontraktor projek ini dalam usaha menyelesaikan isu tersebut dan permohonan CF.
    6 Projek Perumahan Taman Titiwangsa (Pembesaran Kg.) Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat Tetuan Imbuhan Murni Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    7 Projek Perumahan Rumah Kos Rendah, Kos Sederhana dan Rumah Kedai di Taman Sri Raya, Batu 9, PT14689 – 14722 dan PT 10224-10228 Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat Tetuan Kausar Corporation Sdn. Bhd. (Digulung) i)    PNSB masih dalam proses penyelesaian dengan pembeli
    8 Projek Perumahan Taman Ilham Perdana Sejoli, HS (D) 40113, PT 5520, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Tetuan Ukiran Mutu Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    9 Projek Perumahan Evergreen Homes Di atas HS (M) 6672, PT 9307, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Tetuan Averise Acres Holdings Sdn. Bhd (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    10 Projek Perumahan Taman Nusa Lestari di atas Hakmilik Induk GM 219 (EMR 4873), Lot 3022, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Kamara Land Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    11 Projek Perumahan Desa Seri Tekali Di Atas Hakmilik H.S.(D) 40619, Pt 5708, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Tetuan Anglo Properties Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    12 Projek Perumahan Dusun Damai, Di Atas Hakmilik GM 5500 & 3497, Lot No. 1589 & 1590, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat Tetuan Anjung Properties Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    • MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Pangsapuri Gombak Perdana Villa, Seluas 1.737 Ekar, Mukim Setapak, Daerah Gombak Tetuan Aga Development Sdn. Bhd.  (Digulung) i)    Pemaju baru Stable Growth Sdn. Bhd. telah ambilalih projek
    2 Pembangunan Taman Selayang Mutiara, Rumah Pangsa Kos Rendah dan Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah, Mukim Batu, Daerah Gombak Tetuan Delpuri Corporation Sdn. Bhd.   (Digulung) i)    RPKSR secara dasar telah diluluskan untuk dipulihkan menggunakan dana KPKT

    ii)  RPKR dalam tindakan penyelesaian oleh Pelikuidasi.

    3 Pembesaran Kampung Baru Kundang, di atas Lot PT 20902 Plot 9092, Mukim Kundang, Daerah Gombak Tetuan Pembangunan Serendah Sdn. Bhd. i)    Projek dalam kajian kemungkinan oleh PKNS melalui usahasama dengan pemaju Tungling Sdn Bhd
    4 Projek Pangsapuri Kos Rendah (Taman Bayu) Di bawah Geran No.29858, Lot No.2980, Mukim Setapak, Daerah Gombak Tetuan Tegoh Timber & Properties Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    5 Projek Pembesaran Kampung Kiai Hj. Arshad di atas Lot 3883 & 5060, Batu 291/2, Jalan Batu Arang Ke Batang Berjuntai, Mukim Rawang, Daerah Gombak Tetuan Aramin Sdn. Bhd. (Digulung) i)    PKNS telah dilantik sebagai PMC dan akan melantik Grandmas Development Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama.
    6 Projek Astana Square Service Apartment di atas HS(D) 21817 PT 1985, Bandar Selayang, Mukim Gombak Tetuan Sedaya Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek telah siap dan sedang menunggu kelulusan Sijil Layak Menduduki (CF)
    7 Projek Perumahan Taman Jasa Murni, GM622, 623 dan 624, Lot 2146, 2148 & 2150, Sungai Tua, Mukim Batu, Daerah Gombak Tetuan Intelligent Mission Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    8 Projek Perumahan Taman Pusu, di atas P.M 338 Lot No. 4935, Mukim Setapak, Daerah Gombak Tetuan Q-Vista Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    9 Projek Perumahan Taman Garing, Mukim Rawang, Daerah Gombak Tetuan Q-Vista Sdn. Bhd i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    • MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Perumahan Seri Setia Height, Plot No.13, Lot 921, Mukim Labu, Daerah Sepang MBO Mega Development i)    Projek Masih Terbengkalai
    2 Projek Perumahan Taman Desa Sinar Salak di atas P.M. 3000, Lot 1635, Mukim Labu, Daerah Sepang Ikatan Darma Sdn. Bhd. i)    Sebahagian unit telah diduduki.

    ii)  Projek masih belum siap sepenuhnya.

    3 Projek Perumahan Desa Meranti, di atas GM 142 (EMR 6225), Lot 4406, Mukim Dengkil, Daerah Sepang Karisma Housing Development Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    4 Projek Perumahan Taman Indera Indah, Di Bawah Hakmilik Induk GM 1121, Lot 2712, Mukim Dengkil, Daerah Sepang Teratai Seroja Corporation Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    5 Projek Perumahan Taman Desa Salak Gemilang (Fasa 2), Lot 2241 PM 386, Mukim Labu, Daerah Sepang MBO Mega Development i)    Projek Masih Terbengkalai
    6 Taman Desa Utama, Sungai Merab, Sepang Aras Dimensi Sdn Bhd (Digulung) i)    Dalam tindakan penyelesaian oleh pelikuidasi bersama pembeli.
    7 Projek Perumahan Taman Salak Idaman, Mukim Labu, Daerah Sepang Tetuan Rantai Bumi (M) Sdn. Bhd. i)    Fasa 1 – 100% siap dengan Sijil Layak Menduduki

    ii)  Fasa 2 – 92% siap (Terbengkalai)

    iii) Fasa 3 – Hanya kerja-kerja tanah sahaja

     

    1. MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Rancangan Revolusi Hijau Peringkat 2 (Alam Mutiara), Bukit Cherakah, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor Tetuan MZ Development Sdn. Bhd. (Digulung)
    Pemilik Tanah: Mujur Zaman Sdn Bhd.
    i)    Projek telah diambilalih oleh pemaju baru Tetuan Ecoworld Sdn. Bhd.
    2 Projek Perumahan Kos Rendah Taman Sungai Yu Indah, Sungai Yu, Mukim Ujung Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Syarikat Serambi Padu Sdn. Bhd. i)    MMKN telah meluluskan sebahagian cadangan Rumah Selangorku di mana 107 RKR dikekalkan.

    ii)  Pemulihan sedang dilaksanakan.

    3 Projek Perumahan Taman Kelisa (Tambahan) Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor Tetuan Simpulan Cemerlang Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek sedang berjalan.
    4 Projek Perumahan Taman Seri Wangi di atas Lot 103, Jln Sungai Tengi Kiri, Bandar Tanjong Karang Mukim Tanjong Karang, Daerah Kuala Selangor Tetuan K.A Resources Sdn. Bhd. (Lama) & Tetuan Mentera Dagang Sdn. Bhd. (Baru). i)    Projek telah dijual kepada pemaju baru dan dalam proses mendapatkan kelulusan daripada jabatan teknikal.
    5 Projek Perumahan Taman Damai II Tanjung Karang (Fasa 1), Mukim Ujong Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan Koperasi Seri Kota Bukit Cherakah Sdn. Bhd. i)    Ninth Sdn. Bhd. telah berjaya membida hartanah tersebut melalui lelongan awam.

    ii)  Pemaju baru sedang mencari penyelesaian untuk pembeli lama yang terlibat.

    6 Projek Pembesaran Kampung Desa Kerayong Indah Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor Tetuan Bumi Circle Sdn. Bhd. i)    Probil Industries (M) Sdn. Bhd. telah memulakan kerja-kerja pemulihan.
    7 Projek Pembesaran Kampung Taman Desa Mawar di atas Lot P.T. 1175, Kampung Sungai Yu, Mukim Ujong Permatang, Daerah Kuala Selangor Tetuan JKK Sungai Yu
    Tetuan Fokus Perkasa Sdn. Bhd. Tetuan Lian Feng Constraction Sdn. Bhd.
    i)    PKNS akan melantik Tetuan Grandmas Dev. Sdn Bhd sebagai kontraktor pemulihan.
    8 Projek Perumahan Taman Delima Merah, Jalan Lintang, Kampung Tengah, Daerah Kuala Selangor Syahira Development Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    1. MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Perumahan Rumah Kos Rendah Desa Beruntung, Mukim Ulu Yam, Daerah Hulu Selangor Tetuan Prospell Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    2 Projek Perumahan Taman Lembah Beringin, PT 610, 6502, 863 & 864, Jalan Kerling, Mukim Sungai Gumut, Daerah Hulu Selangor Tetuan Lembah Beringin Sdn. Bhd.  (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai

    ii)  Terdapat Kes Mahkamah

    3 Projek Perumahan Bandar Baru Serendah, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Tetuan Manco Sdn. Bhd. i)    Projek telah dimasukkan ke dalam senarai pemulihan Tabung TEPAT dan dalam tindakan kajian oleh Worldwide Holdings Berhad.
    4 Projek Perumahan Fasa 16A, Bukit Sentosa 3, di atas sebahagian Lot 353 Dan 1729, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Tetuan Maxisegar Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    5 Projek Pembesaran Kampung Desa Beringin di atas tapak baru, Jalan Kampung Jawa, Batu Dua Kuala Kerling, Mukim Kerling, Daerah Hulu Selangor Tetuan Modulex Sistem (M) Sdn. Bhd. ii)  Projek Masih Terbengkalai
    6 Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa di atas Lot 1783, Jalan Ampang Pechah, Mukim Rasa, Daerah Hulu Selangor Tetuan Litar Jaya Sdn. Bhd.  (Digulung) i)    Projek dalam tindakan kajian pemulihan oleh PKNS
    7 Projek Pembesaran Kampung Desa Bukit Bujang di atas HS(M) 2199, PT 1310, Kampung Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Daerah Hulu Selangor Tetuan Rampai Budi Jaya Sdn. Bhd.(Nama Lama) & ARK Development Sdn.Bhd

    (Nama Baru)

    i)    Projek telah berjalan semula oleh pemaju ARK Development Sdn. Bhd.
    8 Projek Perumahan The Genting Valley, Jalan Desa Rening, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor Tetuan Jade San Reality Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Dalam tindakan penyelesaian oleh pelikuidasi bersama pembeli.
    9 Projek Pembesaran Kampung Koskan, Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Tetuan Ehsanibu Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    10 Projek Pembesaran Kampung Serendah Perdana, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Tetuan Kamsu Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    11 Projek Perumahan Erina Heights, Mukim Ulu Yam, Daerah Ulu Selangor Tetuan Coral Vista Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai
    12 Projek Perumahan Di Atas Hakmilik Geran 39220, Lot 2496 Dan Geran 39221, Lot 2565, Mukim Batang Kali, Daerah Hulu Selangor Peninsular Park Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Dalam tindakan penyelesaian oleh pelikuidasi.
    13 Projek Perumahan Taman Impiana, di atas H.S.(M) 358, PT 671, Kampung Bharu Sejantung, Mukim Kuala Kalumpang, Daerah Ulu Selangor Oridua Construction Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    1. MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Perumahan Di Atas Lot 175 Dan 12163, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat Tetuan Jamaras (M) Sdn. Bhd. i)    Bangunan Siap 100%

    ii)   Dalam permohonan Sijil Layak Menduduki (CF)

    2 Projek Perumahan Taman Desa Sri Jentayu 1 di atas Plot 15, LM 276 Lot 4324, Mukim Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    3 Projek Perumahan Taman Visi Nusa di atas Lot 2092,  Bukit Changgang, Mukim Tanjung 12,Daerah Kuala Langat Tetuan Visi Nusa Corporation Sdn. Bhd. i)    Sebahagian rumah masih terbengkalai.

    ii)   Sebahagian telah diduduki.

    4 Projek Perumahan Taman Sijangkang Perdana di atas GM 2073, Lot 679, Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd.(Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai
    5 Projek Perumahan Lot Banglo, Jalan Manggis, Batu 9, di atas Hakmilik Asal GM 1989, Lot 1647, Mukim Telok Panglima Garang, Daerah Kuala Langat Tetuan Reap & Rich Worldwide Holding Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    6 Projek Perumahan Taman Desa Sri Saujana 1, di atas Lot 2159 GM 2751, Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek masih Terbengkalai
    7 Projek Perumahan Taman Desa Perwira, di atas Hakmilik Induk No. PM 2392, Lot 7736, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat Tetuan Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    8 Projek Perumahan Taman Desa Lestari, di atas Hakmilik Individu, Bukit Kemandol, Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat Tetuan Lasah Emas Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    9 Projek Taman Langat Utama 3, Di atas Hakmilik Individu, HS(M) 16314 PT 17272, Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat Tetuan Dahria Corporation Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    10 Projek Perumahan Rumah Berkembar Setingkat, di bawah pegangan Geran Induk, HS(M) 11973, PT No. 14269, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat Tetuan Sure Meridien Sdn. Bhd. i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    11 Projek Perumahan Berkembar Setingkat di bawah pegangan Geran Induk LM 188, Lot 4208, Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat Tetuan SPS Setia Sdn. Bhd. i)    Projek telah diambilalih oleh pemaju baru iaitu Utas Johan Sdn. Bhd.
    12 Projek Perumahan Taman Desa Sri Permai 2, di atas Hakmilik PM 1797, Lot No. 3055, Mukim Teluk Panglim Garang, Daerah Kuala Langat Tetuan Rhid Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai

     

    13 Projek Taman Saujana Panglima, Sijangkang di atas Lot 7385 (Lot Asal), Mukim Bandar Sijangkang, Daerah Kuala Langat Tetuan Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai

     

     

    • MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU STATUS
    1 Projek Taman Mutiara,  Jalan Tebuk Supar, Mukim Sabak, Daerah Sabak Bernam Syahira Development Sdn. Bhd. (Digulung) i)    Projek Masih Terbengkalai

             Antara pendekatan yang diambil oleh LPHS bagi mencari penyelesaian ke atas projek terbengkalai adalah seperti berikut :

     

    1. i) Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana persetujuan sekurang-kurangnya 85% daripada pembeli perlu diperolehi terlebih dahulu.

     

    1. ii) LPHS berperanan mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank.

     

    • iii) LPHS juga mengadakan perbincangan dengan pelikuidasi (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai.

     

    1. iv) LPHS turut mengadakan perbincangan antara pelikuidasi (liquidator), bersama semua jabatan teknikal seperti Pejabat Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan termasuk pihak bank dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

     

    1. v) Sekiranya projek ini melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk membuat penilaian semula kos pemulihan projek tersebut yang bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya projek ini ingin diteruskan.
    2. vi) Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek ini.
    • vii) Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-Undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Insolvensi/Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank yang terlibat diurus setia oleh LPHS di mana dilaksanakan secara berjadual sejak tahun 2011 bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak terlibat dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan disamping membuat pemantauan sehingga projek siap dengan Sijil Layak Menduduki.

     

    • viii) Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

     

    1. ix) LPHS juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama. Selain itu, pengambilan tanah juga dilaksanakan sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara tender.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.