Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

201) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN SUNGAI YU INDAH, KAMPUNG SUNGAI YU, TANJONG KARANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek berkenaan?

    1. Fasa 1 – berjumlah 227 Unit Rumah Teres Kos Rendah sedang dalam peringkat pembinaan 80% siap walaupun begitu pembinaan berjalan perlahan. Manakala Fasa 2 – berjumlah 272 Unit Rumah Teres Kos Rendah, pihak pemaju sedang dalam peringkat akhir penyediaan pelan pindaan untuk dikemukakan kepada LPHS/PTG Selangor bagi meminda unit-unit rumah tersebut kepada Rumah Teres Kos Sederhana Rendah (RTKSR).

     

    Penukaran komposisi keseluruhan projek pembangunan daripada 100% Unit Rumah Teres Kos Rendah kepada pembangunan 50 : 50 kepada Rumah Teres Kos Sederhana Rendah bertujuan untuk menampung kos pembangunan secara keseluruhan.

     

    Ini adalah disebabkan projek tersebut bergantung kepada ‘end financing’ sepenuhnya yang mana mempunyai pulangan yang lambat. Manakala unit-unit yang terdapat pembeli di Fasa 2 dipindahkan kepada Fasa1.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.