Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

163) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN SUNGAI YU INDAH,KAMPUNG SUNGAI YU, TANJONG KARANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri akan meneruskan kerja-kerja penyiapan unit rumah berkenaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Serambi Padu Sdn. Bhd. dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bertanggungjawab dalam usaha membaik pulih projek perumahan terbengkalai Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. Ketika ini pihak pemaju sedang dalam usaha mendapatkan kelulusan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi pembinaan sistem bekalan air di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.