Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

28) PROJEK PERUMAHAN YANG TERTANGGUH / TERBENGKALAI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membela nasib pembeli-pembeli rumah kos rendah dan sederhana yang telah lama tertangguh / terbengkalai di Kampung Nelayan, Telok Gong Pelabuhan Klang?

    Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, projek terbengkalai Kampung Nelayan,
    Telok Gong yang dimajukan oleh Tetuan Sheikh Mah Development Sdn. Bhd.
    merupakan pemaju yang berdaftar dan berlesen di bawah Kementerian Perumahan Dan
    Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ia tertakluk di bawah Akta Pemaju Perumahan
    (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan
    dan Pelesenan) 1989.
    Oleh itu, pembeli boleh merujuk terus kes mereka ke Kementerian Perumahan Dan
    Kerajaan Tempatan (KPKT). Di bawah S. 11(1)(c) Akta 118 di mana Menteri juga
    mempunyai kuasa untuk mengarahkan suatu syarikat untuk mengambil kawalan dan
    menjalankan perniagaan pemaju yang bermasalah dengan terma dan syarat-syarat
    yang ditentukan oleh Menteri.
    Memandangkan pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian
    jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah
    ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract”
    maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke mahkamah. Begitu juga keadaannya
    apabila pembeli-pembeli rumah mereka terbengkalai. Kerajaan Negeri tidak mempunyai
    “locus standi” untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang
    terlibat.
    Walau bagaimanapun, projek perumahan terbengkalai di Kampung Nelayan, Telok
    Gong telah tersenarai dalam projek terbengkalai dalam pemantauan KPKT kerana ia
    merupakan di bawah bidang kuasa KPKT di bawah Akta 118 dan LPHS dari masa ke
    semasa akan mendapatkan maklum balas terkini dari pihak KPKT serta daripada
    pemaju terlibat dan akan terus menggesa KPKT bagi memastikan pemaju mematuhi
    arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.