Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

50) PROJEK PJ ELEVATED CITY (DATUM-IN-CITY PJ)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini dan peratusan lengkap projek ini setakat sekarang?

     

    Perkembangan terkini projek pembangunan sebuah asrama pekerja di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak Kebenaran Merancang untuk blok asrama tersebut diperolehi pada 12 Ogos 2013 adalah seperti berikut:

    Pakej 1:     Penyiasatan Tanah, Kerja-kerja Cerucuk dan Kerja-kerja sub-struktur.

    Kontraktor telah memulakan kerja-kerja di tapak pada 02 September 2014 dan telah mencapai 80.10% kemajuan kerja ditapak iaitu 2 hari awal daripada jadual sebenar iaitu 79.95% dan dijangka siap pada 14 November 2015.

    Pakej 2:     Kerja-kerja Superstruktur pula, PKNS dalam proses penjualan tender dan dijangka kerja tapak dimulakan pada September 2015.

    Sebanyak 2 Blok Asrama dijangka dapat disiapkan beserta ’Certificate of Completion and Compliance’ (CCC) untuk :-

    1. Blok 1 pada 31 Disember 2016
    2. Blok 2 pada 30 Jun 2017

     

    Bagi fasa pembangunan lain selain dari blok asrama pekerja, iaitu Parcel 2 dan Parcel 3 yang terdiri komponen pembangunan seperti Apartmen Perkhidmatan, blok pejabat dan ruang niaga, PKNS bercadang untuk membuka pelawaan mengemukakan cadangan pembangunan (RFP) kepada mana-mana pemaju yang berjaya disenaraipendek dari pelawaan Pra-Kelayakan yang telah dbuka dari 31 Julai 2015 hingga 21 Ogos 2015. Proses pelawaan Pra-Kelayakan ini adalah bagi memastikan setiap syarikat yang berminat mempunyai keupayaan dari segi modal insan berpengalaman, kewangan yang kukuh dan pengalaman luas dalam pelaksanaan pembangunan hartanah bernilai tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.