Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

253) PROJEK PJ SENTRAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKNS telah kehilangan peluang keemasan untuk mengetuai pembangunan semula sebidang tanah di Petaling Jaya yang sekarang dikenali sebagai PJ Sentral. Apakah langkah-langkah remedi dalaman yang telah diambil oleh PKNS untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang?

    Dari segi strategi pembangunan, PKNS telah membentuk perancangan lima

    (5) tahun melalui Pelan Perancangan Strategik PKNS 2015-2019. Di mana PKNS akan melaksanakan projek-projek pembangunannya sendiri tanpa melibatkan usahasama dengan syarikat-syarikat swasta.

     

    Bagaimanapun, jika usahasama tidak boleh dielakkan, langkah-langkah remedi dalaman yang telah diambil oleh PKNS bagi melaksanakan pembangunan secara usahasama bersama syarikat-syarikat swasta adalah dengan menambah baik prosedur penilaian terhadap syarikat-syarikat yang berminat untuk berkerjasama dengan PKNS melalui pelaksanaan kaedah- kaedah seperti berikut :

     

    • Request for Information (RFI),
    • Request for Qualification (RFQ),
    • Pra Kelayakan (Pre-Qualification) dan,
    • Request for Proposal (RFP)

     

    Selain daripada itu juga, PKNS telah membuat penambahbaikan terhadap sistem dan prosedur sedia ada bagi memperkukuhkan akauntabiliti dan tadbir urus yang mana PKNS telah menubuhkan Bahagian Perolehan, Bahagian Pengurusan Organisasi dan Integriti serta Jawatankuasa Integriti peringkat Perbadanan dan mewujudkan Manual Tadbir Urus Korporat (Corporate Governance Manual) .

Lampiran

Tiada Lampiran.