Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

226) PROJEK PKNS PENYEBAB BANJIR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor seperti PKNS agar mematuhi peraturan dan syarat di dalam laporan EIA sebelum melaksanakan projek pembangunan terutamanya untuk mengatasi masalah banjir?

    Semua pemaju, termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri  mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pemajuan yang selamat dan lestari berpandukan undang-undang, Rancangan Tempatan, garis panduan yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Laporan EIA yang dikemukakan oleh pemaju dalam sesuatu pemajuan di peringkat permohonan KM di semak oleh Jabatan Alam Sekitar. Syarat-syarat yang diberi kepada pemaju di letakkan pada kelulusan KM dalam Borang C1.

Lampiran

Tiada Lampiran.