Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

318) PROJEK PKPS LIVESTOCK FARM SDN. BHD.

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah projek terkini syarikat PKPS Livestock Farm Sdn. Bhd?

    Status terkini projek syarikat PKPS Livestock Farm Sdn. Bhd adalah seperti berikut :-

    1. Prestasi Syarikat dari Januari 2015 – Jun 2015

     

     

    Butiran

     

    2015

    Jan – Jun

    Pendapatan 1,135,781
    (-) Kos Operasi 1,035,588
    Untung Kasar 100,193
    (+)Lain-Lain pendapatan 146,102
    (-) Kos Pentadbiran 202,601
    (-) Susutnilai 538,657
    Untung / Rugi ( 494,963 )

     

     

    1. Sebab-Sebab Kerugian

     

    • Tempoh laktasi (perahan lembu) telah mencapai tahap maksimum ( 5 tahun ) di mana ianya menyebabkan penurunan pengeluaran susu. Bilangan laktasi “ideal” bagi seekor lembu ialah di antara 5 – 6 kali. Selepas lembu bunting dan beranak sebanyak 5 – 6 kali, pengeluaran susu akan mula berkurangan dan sampai satu tahap lembu tersebut perlu

     

    • Kadar pencapaian pembiakan yang rendah iaitu pada kadar 20%

     

    • Kadar kematian induk / anak yang tinggi disebabkan oleh penyakit. Bagi tempoh Januari – Jun 2015, jumlah kematian adalah sebanyak 81 ekor, terdiri daripada lembu induk (12 ekor) dan anak (69 ekor).

     

    • Langkah – langkah Penyelesaian

     

    • Pembelian lembu bunting tambahan daripada yang dijadualkan bermula pada penghujung tahun

     

    • Meningkatkan kadar pembiakan secara permanian berhadas (A.I) dengan mengambil 2 orang tenaga mahir dari Thailand. Tenaga mahir ini telah mula bertugas pada bulan September 2014. Dengan pengambilan tenaga mahir ini, kadar pembiakan telah meningkat daripada 20% kepada 50%.

     

    • Syarikat telah melantik seorang Doktor Veterinar secara sepenuh masa pada bulan April 2015 untuk membantu dalam mengawal dan mengurangkan kadar kematian

     

    • Selain itu, syarikat juga telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, khususnya dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.