Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

52) PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila berikan butiran tentang status terkini pembangunan bandar oleh Kwasa Land (2,303 ekar) dan pembangunan Pulau Indah termaksud Selangor Bio Bay (3,500 ekar) oleh Central Spectrum. Apakah peranan kerajaan negeri?

    Status terkini pembangunan bandar oleh Kwasa Land (2,303 ekar) dan pembangunan Pulau Indah termasuk Selangor Bio Bay (3,500 ekar) oleh Central Spectrum adalah seperti berikut;-

    Status Terkini Pembangunan Bandar oleh Kwasa Land

    Pemilikan tanah-tanah milik Lembaga Getah Malaysia (”LGM”) di Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Selangor oleh Kwasa Land Sdn. Bhd. (”Kwasa Land”) dibuat berdasarkan kepada dua (2) perjanjian jual beli tanah yang telah ditandatangani pada 16 Ogos 2011 seperti yang berikut:

     

    • Perjanjian di antara LGM dan dan Asset Tanah Negara Berhad (ATNB) (MOF INC);
    • Perjanjian di antara ATNB dan Kwasa

     

    Keluasan tanah milik LGM yang dibeli adalah seluas 2,620.04 ekar. Keluasan tanah yang kekal milik LGM adalah seluas 535 Ekar.

    Selepas perjanjian tersebut, tanah seluas 290 ekar telah pula dibuat Pengambilan Balik Tanah untuk projek KVMRT. Keluasan terkini pembangunan ini adalah 2,330 ekar.

    Tapak cadangan pembangunan ini berada di bawah dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu:

    • 678 Ekar = Majlis Bandaraya Shah Alam (“MBSA”); dan
    • 1652 Ekar = Majlis Bandaraya Petaling Jaya (“MBPJ”)

     

    Status Pengezonan Tanah Di Bawah Rancangan Tempatan

    Zon tanah untuk kesemua tanah sewaktu pembelian adalah “Institusi”. Semua tanah-tanah di kawasan MBSA telahpun dizonkan kepada “Pembangunan Bercampur” mengikut Rancangan Tempatan MBSA 2020 yang telah diwartakan pada Julai 2012.

    Zon MBPJ masih di dalam proses pengzonan semula di bawah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (Penggubahan 1) (“RTPJ2”).

     

    Status Pembangunan Kwasa Damansara

    Pelan Induk Pengzonan Tanah Kwasa Damansara.

    Walaupun tanah-tanah tersebut berada di dalam dua PBT yang berbeza, SPC di dalam mesyuaratnya bil 2/2011 pada 19 Julai 2011 telah bersetuju supaya Pelan Induk pembangunan ini diintegrasikan sebagai satu Perbandaran Baru melalui Pelan Induk Pembangunan yang dikenali sebagai ”Pelan Induk Pengezonan Tanah” (PIDT) Kwasa Damansara.

    PIDT Kwasa Damansara telahpun diluluskan oleh pihak Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) pada 16.10.2013.

     

    Seterusnya PIDT Kwasa Damansara ini juga telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor (“SPC”) pada 10.02.2014 selepas pindaan dibuat.

    Pelan Induk Pengezonan Tanah yang telah diluluskan oleh SPC tersebut setelah mengambil kira komen daripada MPFN dan kesemua Jabatan Teknikal yang terlibat.

    Kebenaran Merancang Peringkat 1 : Bagi Tanah-Tanah di Kawasan MBSA.

    Pihak Kwasa Land telah memperolehi kelulusan penuh untuk permohonan Kebenaran Merancang bagi sebahagian tanah seluas 501 ekar tanah dikawasan MBSA (tidak termasuk Lot 481) pada 8 Disember 2014.

    Permohonan bagi Serah Balik Kurnia Semula untuk 501 ekar tanah tersebut telah diluluskan oleh pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 29 Julai 2015. Surat kelulusan bersama-sama borang 5A daripada pihak Pejabat Tanah Petaling telah diterima pada 30 Disember 2015

     

    Kebenaran Merancang Peringkat 1 : Bagi Tanah-Tanah di Kawasan MBPJ.

    Permohonan Kebenaran Merancang Peringkat 1 kepada MBPJ masih belum dikemukakan memandangkan pengezonan semula guna tanah bagi tanah- tanah yang berada di dalam kawasan MBPJ melalui RTPJ2 masih belum digazettekan.

     

    Status Terkini Kerja-Kerja Ditapak.

    Kwasa Land telahpun memulakan kerja-kerja infrastruktur untuk “Package” 1A bermula pada September 2015 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan, parit , kolam takungan, tangki air, rumah pam dan paip air, Pencawang

    Masuk Utama dan sambungan kabel elektrik, telekomunikasi dan juga kerja- kerja landskap.

    Kwasa Land juga telah memulakan kerja-kerja pembinaan ”Tempat Letak Kereta Sementara” untuk dua Stesen MRT di dalam pembangunan Kwasa Damansara iaitu Stesen Kwasa Sentral dan Stesen Kwasa Damansara.

    Sumber : Kwasa Land

     

    ii.    Status Terkini Pembangunan Selangor Bio Bay (3,500 ekar) oleh Central Spectrum

     

    Pembangunan Pulau Indah oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd merangkumi 3 projek iaitu Pulau Indah Industrial Park, Selangor Halal Hub dan Selangor Bio Bay.

     

    Pulau Indah Industrial Park dibangunkan dalam 3 fasa iaitu Fasa 1, 2 dan 3. Fasa 1 dan 2 telah siap dibangunkan. Pembangunan Fasa 3 dibahagikan dalam 3 fasa iaitu fasa 3A, 3B dan 3C. Fasa 3A & 3C sedang dalam pembangunan dan jualan. Fasa 3C baru dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada bulan Oktober 2015. Fasa 3B masih dalam perancangan dan belum dibuka untuk jualan.

    Pembangunan Selangor Bio Bay merangkumi keluasan bersih berjumlah 970 ekar dan butiran status terkini adalah seperti berikut :-

     

    • Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) sudahpun menyelesaikan Pelan Konsep Perancangan & Susunatur dan telah di bentang kepada Ahli Lembaga Pengarah CSSB pada 12 Februari
    • Mengemukakan permohonan Cadangan Pengubahan Zon Guna Tanah pada 18 Disember 2015 kepada pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK).
    • Memulakan aktiviti-aktiviti pemasaran di Australia dan juga
    1. Penubuhan Majlis Bio Bay oleh Kerajaan Negeri

     

    Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) pada masa ini dalam proses rundingan dan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai garis panduan bagi mendapatkan susunatur yang optimum dan efektif bagi projek ini.

    * Sumber : Central Spectrum (M) Sdn Bhd

     

    Peranan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan projek-projek ini adalah seperti berikut:-

     

    1. Membantu pihak    pemaju    bagi    mendapatkan    kelulusan-kelulusan pembangunan yang
    2. Usaha dan langkah-langkah mempromosikan dan memperkenalkan projek Selangor Bio Bay di dalam mahupun di luar negeri dan sekaligus

     

    menarik minat pelabur untuk melabur dalam pembangunan ini.

    • Sokongan padu dan kerjasama dalam memastikan kelancaran projek terutamanya yang melibatkan proses kelulusan dari semua jabatan teknikal dan pihak berkuasa

Lampiran

Tiada Lampiran.