Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

66) PROJEK RIVER OF LIFE DI SELURUH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi Projek River of Life di seluruh Negeri Selangor dan apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap projek yang seharusnya melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini ?

    Secara keseluruhannya terdapat sebanyak 18 projek yang dilaksanakan di bawah projek River Of Life ini. Hanya 5 buah projek di bawah RoL yang berada di bawah negeri selangor dan daripada 5 projek tersebut hanya 2 projek sahaja yang dipantau oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Projek pertama ialah pembinaan 13 unit Gross Pollutant Trap (GPT) yang dipasang sekitar Daerah Gombak. Projek ini yang dimulakan pembinaannya pada Ogos 2011 dan siap sepenuhnya pada Mei 2012 dengan kos RM 2.8 juta ini adalah bertujuan untuk memerangkap dan mengumpul sampah sebelum memasuki Sg. Gombak.

    Projek yang kedua ialah pembinaan 2 unit perangkap sampah jenis Automatic Trash Rake (ATR) yang dipasang di Bukit Belacan (Sg. Ampang) dan Taman Pandan Indah (Sg. Seputeh). Projek ini sedang di peringkat akhir penyiapan dan melibatkan kos RM 4.2 juta. Prestasi bagi projek yang dilaksanakan adalah seperti Jadual 1.

    Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS Negeri Selangor selaku agensi utama yang melaksanakan projek-projek RoL di negeri ini dan lain-lain jabatan/agensi Kerajaan Negeri yang terlibat telah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam menjayakan projek-projek RoL di negeri ini. Semua pihak telah memainkan peranan mereka dengan cukup berkesan dengan sentiasa memastikan matlamat program ini dapat dicapai sebaik mungkin dan adalah diharapkan agar kerjasama seumpama ini dapat dikekal dan diteruskan di masamasa yang akan datang.

    Maklumat Tambahan

    Projek River of Life (RoL) adalah salah satu Entry Point Project (EPP) yang sedang dilaksanakan di bawah Program The Greater Kuala Lumpur/Klang Vallley (GKL/KV) National Key Economic  Area (NKEA) yang diterajui oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Objektif projek ini ialah untuk membersih dan seterusnya meningkatkan tahap kualiti air Sg. Klang dan Sg. Gombak sepanjang 110km bermula di bahagian hulu di Empangan Klang Gate sehingga di kawasan Mid-Valley di Kuala Lumpur dari Kelas III – IV ketika ini kepada Kelas IIB menjelang tahun 2020. Dengan siapnya projek ini kelak, Sg. Klang dijangka akan menjadi sebuah waterfront yang menarik, berdaya huni dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

    JADUAL 1 : PRESTASI PROJEK RoL

    BIL AKTIVITI UTAMA KEMAJUAN

    FIZIKAL

    CATATAN
    1. Cadangan Kerja-Kerja

    Pembaikan Sg. Klang Dari

    Empangan Klang Gate ke

    Pertembungan Sg. Ampang –

    Inisiatif 7 – Sg. Klang (Pakej 2)

    75% Harga Kontrak: RM 14,479,472.50

    Kontraktor:

    Aidah Engineering

    Sdn Bhd

    2. Kerja-Kerja Kawalan Kuantiti Air

    Sungai/Sistem Saliran Bagi

    Projek River of Life (RoL) Inisiatif

    7 – Sg. Klang (Pakej 4)

    86.28% Harga Kontrak: RM 72,050,000.00

    Kontraktor:

    Carta Indah Sdn

    Bhd

    3. Pembinaan 13 unit GPT di sekitar Daerah Gombak 100% Harga Kontrak:

    RM2,800,000.00

    4. Pembinaan 2 unit perangkap sampah jenis Automatic Trash Rake (ATR) yang dipasang di Bukit Belacan (Sg. Ampang) dan Taman Pandan Indah (Sg.

    Seputeh)

    90% Harga Kontrak:

    RM 4,200,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.